Monday 17 June 2013

Selamat Menyambut Ramadhan!

Sedar tak sedar tak lama lagi kita akan menyambut kedatangan bulan ramadhan bulan keinsafan yang sentiasa ditunggu-tunggu oleh seluruh umat islam sedunia. Seronok bila dengar bacaan ayat-ayat suci di sana sini.... 

Teringat waktu kecil, dikejut mak untuk sahur. kemudian bila berpuasa sibuk berlari main-main sana sini. petang dekat-dekat nak berbuka masa tu lah rasa macam nak pengsan, masa tu lah kira bila time nak berbuka puasa, masa tu lah asyik terbau ikan goreng dari dapur...emmmm....

Mesti seronok berpuasa kat malaysia kan? bazaar sana sini...kalau di Seri Maya Homestay (blok k1 dan blok m13), tempat paling dekat untuk bazaar Ramadhan ialah di Setiawangsa (depan Sekolah Kebangsaan Setiawangsa SKS). Lebih kurang 3 minit dah sampai. Meriah betul! Kalau di Springville Ukay Perdana Homestay, dari atas tu je boleh nampak bazaar ramadhan.



Bazaar di Springville, Ukay Perdana


 Banyaknya makanan...yummy! 



Rasanya, ini tahun lepas...bazaar di tapak restoran Sekichan Ikan Bakar



Buat kami yang berada jauh dari Malaysia, tetap merasa kemeriahan bulan Ramadhan. Cuma, bak kata pepatah Melayu 'hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri' betul tak? Tentunya, tiada bazaar seperti di Malaysia di sini. 

Ok, untuk pengetahuan semua pelanggan dan pembaca...Hasya Homestay sekarang 'fully booked' sehingga 3 July. Sempena bulan puasa, Hasya Homestay dikunjungi oleh tetamu dari Saudi, Iraq dan semestinya orang Malaysia sendiri, Sabah.

Jika ada yang berminat untuk berkunjung ke Kuala Lumpur sempena Hari Raya Aidilfitri, tempahan dibuka sekarang. Sila hubungi Pak Ali 012 5176284 atau sms dan whatsapp Hasya 012 6386284 (saya berada di luar Malaysia)

Akhir kata, Hasya Homestay mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan dan semoga kita melipat gandakan amalan kita serta mendapat keberkatanNya...Amin! 

Bye....